Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk berkongsi kepada anda semua, website kisahNabi iaitu kisah para nabi dan rasul. Semoga Website kisahNabi ini menjadi penyubur iman demi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Firman Allah dalamsurah Hud ayat 20 berfirman : " Semua yang kami kisahkan kepada engkau tentang sebahagian cerita para Rasul, semoga dapat memperteguhkan hatimu di samping memperoleh kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang- orang yang beriman. Maka terbukti, bagaimana besarnya hikmah yang terkandung dalam cerita Rasul- rasul itu. Hal ini dapat kita fahami apabila renungkan firman Allah seperti yang berfirman dalamsurah al-Baqarah ayat 213 : "Manusia itu merupakan suatu ummat lalu Allah utus Nabi- nabi (Rasul-rasul ) sebagai pembawa berita gembira dan peringatan - peringatan. Tentu saja berita -berita tersebut bukan hanya untuk menjadi bahan bacaan, tetapi untuk menjadi teladan dalam hidup kita dalam menjalani ibadat kepada Allah S.W.T. Demikian pula halnya dengan riwayat hidup junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, beliau sangat dikagumi dengan ketokohan sebagai seorang pemimpin yang berpengaruh pada suatu ketika dahulu. Buktinya, beliau merupakan manusia paling berpengaruh antara 100 pemimpin di dunia, sila klik. Hal ini sesuai dengan firman Allah dalam surah Al- Ahzab ayat 21, "Dan sesungguh nya Rasul Allah itu menjadi contoh teladan yang baik bagi kamu sekalian". Akhir kata saya berharap dengan kewujudan website ini dapat menjadi teladan kepada semua generasi akan datang. Wassalam